Pemburuan sudah bermula!

It has been a week since aku start kerja balik. First day kat office agak busy, banyak kerja tertangguh. Reply email tu email ni, call sana sini, check itu ini. Alhamdulillah mostly kerja tak urgent pun sebab banyak dah di settlekan sejak dari awal tahun. Hari mula-mula start kerja lepas sebulan MC tu, punyalah letih, sebab sebelum ni asyik rehat kat rumah je. Lagipun dah hampir sebulan aku tak drive. Balik-balik kerja je pengsan. Alhamdulillah The Other Half memahami. The Other Half boleh faham kalau aku tak larat nak masak. .

Tapi dah seminggu ni, aku dah makin adapt and rutin harian pun dah seperti biasa. Pergi kerja-balik berperang-pengsan. Hihihi. Bila dah kerja rasa nak jadi housewife, haritu masa MC sebulan asyik rasa nak pergi kerja je bosan duk rumah. Manusia memang tak bersyukur.

BTW last week kitorang pergi house hunting kat Bangi.  Ramai yang tanya “Kenapa Bangi?”. Dulu aku plan nak beli rumah yang dekat dengan tempat kerja. Tapi bila dah kejadian yang time aku sakit haritu, it made realize that bila kita susah takkan ada orang lain yang akan tolong kita kecuali family sendiri. Aku bersyukur time aku sakit, abang ipar aku dan biras aku banyak tolong aku. Sebab tu aku rasa ada baiknya duduk dekat dengan keluarga. Boleh tolong-menolong. Ada orang kata duduk dekat dengan kelurga ni banyak negatif dari positif. Banyak masalah. Tapi bagi aku, bergantung lah pada individu.

Banyak arrangements untuk pergi house hunting ni pun abang ipar dan biras aku yang uruskan. Alhamdulillah. Lagipun diorang memang duduk kat Bangi, dah tau selok belok tempat dan area tu. Dah dekat sebulan kitorang survey-survey. Banyak jugak lah yang kitorang pergi. Kalau ikut hati nak beli rumah yang baru yang developer tengah buat. Tapi kalau rumah kat area KL ni memang lah pricy okeh. Kalau takde 500K and above takyah lah berangan nak dapat rumah yang superb. So, untuk newlyweds macam aku and The Other Half patut bersyukur kalau dapat rumah yang selesa dan sederhana. Mungkin bila ade rezeki lebih lagi boleh beli yang lebih baik.

So, this weekend kena sambung house hunting lagi sampai dapat. InsyaAllah. Doakan Allah permudahkan serta murahkan rezeki kami dan juga our coming new family member. Amin.

Ciao!

Saje nak letak a picture of Us. Heheh

This entry was published on November 17, 2011 at 11:15 am and is filed under life. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: