Pantang vs Mengidam

Dah 2 minggu masa berlalu sejak pembedahan haritu. Luka operate pun dah semakin baik. Alhamdulillah. Minggu lepas ada follow-up dengan Dr Susanna. Dia ada bagi HPE (Histopathology Examination) results of the cyst tu. Aku bersyukur kerana cyst tu bukanlah malignant dan merupakan sel-sel rambut dan sebum. Lega rasa hati. Mana taknya malam sebelum follow-up dengan Dr Susanna tu aku langsung tak boleh tidur.

Dr Susanna ada bertanyakan padaku sama ada aku dah buat keputusan untuk bersalin kat mana. Hometown atau dengannya? Ntahlah tak decide lagi. Tapi yang pasti selepas ni mungkin aku dah tak ke KK Tanglin untuk check-up. The thing with KK ni selalunya jururawat masyarakat yang check, Dr ada check tapi each visit mungkin different Dr bergantung pada schedule la. Aku dan The Other Half dah decide untuk follow up dengan Dr Susanna kat KPJ Damansara since Dr Susanna dah tahu O&G history aku. Lagipun Dr Susanna is a consultant dan aku sangat confident dengan sikap profesionalismenya. Did I mention Dr Susanna ni sangat cekap dan even jahitan operate yang dia buat sangatlah kemas tak macam jahitan operation lain yang aku pernah jumpa.

Oh by the way, sepanjang 2 minggu ni makanan rutinku hanyalah nasi dan ikan bakar. Haish nak buat macam mana. Haruslah redha kan?  Nampak simple tapi berpantang ni memanglah mencabar. Cuba bayangkan dalam diet seharian takde sayur atau buah-buahan. Lama-lama nanti tak pasal-pasal constipate. Dah lah tu The Other Half asyik tayang makanan best-best depanku. Rasa macam nak mengamuk pun ade. Bila nak rasa sikit, kena marah. Alah, nak sikit aje pun.

Still ingat lagi teringin sangat nak makan Nan Cheese dan Tandoori. Dulu sebut aje terus The Other Half belikan. Sekarang ni mimpilah kalau nak dapat. Takpe-takpe. NANTI DAH SIHAT MAMA NAK BALAS DENDAM!

Here’s a list of what to eat bila aku dah sihat nanti (Haha siap dah fikir dan listkan):

  • Nan Cheese dan Ayam Tandoori
  • Tom Yam Seafood
  • Lamb Chop
  • Sushi or Teriyaki
  • Pizza
  • Char Kuey Tiow
  • Laksa Penang
  • Fried Chicken
  • McD cheeseburger
  • Nasi Goreng (ini pun boleh mengidam?)
  • Kebab
  • Ice Cream
  • Satay
  • Kerabu Mangga

And the list goes on..tapi list kat atas ni adalah yang tersangatlah mengidam untuk setakat ni. Doakan aku cepat-cepat sembuh supaya dapat membalas dendam. ;D

Akhirnya, dapat merasa makanan enak setelah 2 minggu berpantang!

 

Saat membahagiakan haruslah dicapturedkan kan? Hihi

 

The Other Half yang suka menjeleskan dan menyeksa aku bila bab-bab makan ni😉

 

Till next entri. Daa~~

This entry was published on October 25, 2011 at 6:49 pm and is filed under food, life. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: