Hikmah

Tak tau kat mana nak mula. Setelah hampir 4 bulan hidup bersama kami menempuhi ujian terbesar kami yang pertama. Kesian The Other Half. Aku mula mengerti besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang suami.

Bila The Little One dah masuk 12 minggu, aku ke KK Tanglin untuk bukak Buku Merah. Masa tu Nurse tu dah macam nak marah sebab aku dah dikira lewat. Pergi check-up dah perasan macam ade yang tak kena dengan saiz baby. Macam besar. Tu Nurse je yang check. Aku dapat appointment untuk jumpe Dr dalam 2 minggu lagi. So, aku ingatkan biase je la kalau besar sikit. Then pikir, tunggu je lah appointment dengan Dr.

The Little One's Red Book or I reckon, Pink Book!

Tapi aku sering sakit perut, bukan nak pergi toilet or sembelit ke ape..mencucuk dan berdenyut. Biasanya on and off tapi di satu hari Jumaat tu aku dah tak tahan. Dr Nur bawak aku ke KK Tanglin. Dr kat sane refer aku ke HKL. Kat HKL macam-macam test diorang wat kat aku. PV examination lah. Euww dah tak nak melaluinya OK. Last-last Dr tu boleh cakap aku sembelit ade impacted stool, bagi aku Buscopan tab dan suruh aku balik.

Kitorang balik then sakit tu datang lagi. Sekali lagi kitorang ke HKL pada hari yang sama. Aku dihantar ke Emergency Dept. Yellow Zone. Lepas dapat pain killer tu barulah lega sikit sebab sebelum tu restless sakit sangat kat Left Lower Abdomen. Dari Asar ke malamnya aku kat ED, pukul 12.30 tengah malam tu aku admitted kat wad 15 gynae, 3rd class sebab takde bed kosong kat 1st class. Takpelah aku tak kisah pun. Tapi The Other Half ngan abang ipar aku nampak risau kalau-kalau aku tak selesa kat situ.

Aku duduk kat wad tu dalam 2 hari then pindah ke wad 21, 1st class. OK lah sikit dari sebelumnya. Sebilik 4 orang. Kat situ aku kenal tiga orang auntie yang selalu bagi aku kata-kata semangat. Siap belikan aku buku-buku untuk aku baca. Seminggu aku kat situ, Gynae and Radiologist kata impacted stool. Surgical kata macam renal mass. Ya Allah takutnya aku masa tu Tuhan je tahu. Nak makan tak boleh, sebab bila bergerak aje aku rasa sakit. Aku gagahkan jugak sebab kesiankan The Little One. Kadang-kadang aku menangis sebab aku rasa bersalah pada The Little One tak dapat nak makan makanan berkhasiat untuk dia.

The Other Half selalu beri aku kekuatan, kata-kata semangat. Aku mengharungi waktu di HKL dengan seribu kerisauan. Nasib baik husband Dr Nur tengok kes aku. At least ade orang yang aku kenal la. Then, Dr decide untuk aku buat scope macam colonoscopy tu tapi not entire bowel la. Nak tengok ade impacted stool ke tak. Tapi procedure tu takkan guna bius since aku mengandung. Masa masukkan scope kat anus tu rasa malu kot..bila dah scope, tengok-tengok takde impacted stool pun. Last-last decide buat MRI.

The Other Half dah tak sabar sebab takde decision dr Dr kat HKL walaupun dah seminggu dah aku kat situ. MRI pun lambat kene tunggu giliran. Biasalah hospital gomen. Last-last aku terbuka hati nak ke KPJ Damansara Specialist untuk buat MRI. Tu pun sebab Dr Raja Badrul Hisham insist aku ke sana dan jumpe dia. Mak Dr Raja Badrul Hisham ni duk depan katil aku time kat HKL. Mungkin dia kesiankan kami tu yang dia nak tolong tu.

Aku di-dischargedkan dari HKL untuk MRI di KPJ Damansara. Aku jumpe Dr Raja Badrul Hisham yang then orderkan MRI untuk aku. Tapi radiologist kat KPJ tu kate sebab aku mengandung dia nak aku buat Ultrasound dulu. Sekali tengok je, dengan confidentnya Dr tu diagnosed aku dengan Dermoid Ovarian Cyst. Wah, tak berbaloi duk hospital seminggu tak dapat diagnosis. Kalaulah datang KPJ terus.. Tapi mungkin sudah ketentuan Allah, ini ujiannya untukku.

Dr R.B.H referkan aku ke Consultant Gynaecologist, Dr Susanna Huam. Dr Susanna ni adalah Dr paling cekap aku pernah jumpe. Imagine pukul 12 aku jumpe die untuk tahu diagnosis, pukul 2.30 petang tu jugak aku dijadualkan untuk operate buang cysts tu. CystS OK. Bukan satu tapi dua. Pengalaman masuk OT sangat menakutkan. Dahlah sejukkkkkkk, pakai baju nipis hospital plak tu. Masa operate tu, anaes bagi aku epidural sebab nak minimumkan risiko keguguran. Aku tak putus-putus berdoa sebab takut. Tengok-tengok aku dah tertidur.

Bila aku tersedar perut aku rasa sakit sangat. Dr Susanna pun tunjukkan aku cysts tu. Besarnya agak-agak sebesar jantung lembu. Itu kata ibu mentuaku la. Warnanya pun dah biru sebab cyst tu dah twisted dan mula necrose. Dr pun terpaksa buang tiub Fallopio aku sebelah kiri kerana dah rosak dek cyst tu. Apepun aku bersyukur masih dipanjangkan umur dan The Little One selamat.

Diagnosis

Med Bills Luckily We Dont Have To Bother. TQ The Other Half

Ujian yang aku lalui ini membuatkan aku sedar dan bersyukur betapa bertuahnya aku mempunyai suami yang menyayangi aku, serta keluarga mentua yang tak jemu-jemu menjaga aku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Tidak lupa kepada sahabat dan teman sepejabat yang sudi menziarahi aku.

Kini aku cuti sebulan, berpantang ala-ala orang bersalin. Doakan aku dan The Little One selamat yer…untuk menempuhi 5 bulan yang akan datang. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga untuk The Other Half, abang iparku dan keluarganya kerana menjaga aku.

This entry was published on October 18, 2011 at 5:25 pm and is filed under life. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

7 thoughts on “Hikmah

  1. azie, take care & be strong…semoga segalanya dipermudahkan Allah…miss u!! muahhxx!!

  2. Take care Azie. InsyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja. Jaga diri dan baby k.

  3. i follow ur blog okayyy…i have a blog tooo!! do follow me sometimes!!

    how’s azie so far?? dah lama tak melawat..๐Ÿ™‚

    • oh ye ke..Blog Akak happening. Mine was kind of tempat meluahkan perasaan. Huhu. Sekarang ni dah Ok and feeling quite better now. Lama xjumpe. Khamis ni dah nak blk KB๐Ÿ™‚ Nanti naik raya haji kta keluar makan2 ek?๐Ÿ™‚

  4. Ok dear..good to know dat u r ok…bestnya nak blk KB!! Kak Jeepa blk penang nnt insya Allah..sob sob sob..rindu nk blk KB!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: