Setelah sekian lama..

Episod kali ini ialah untuk melepaskan apa yang telah lama disimpan..tetapi tak terluahkan. Last time blogging was after the Big Day. Lepas tu terus senyap sebab tengah belajar adapting to the new life mode.

Sebelum itu.. sempena hari yang baik dan bulan yang baik ini, 10 jari disusun memohon ampun dan maaf kepada semua andai kata ada salah dan silap sepanjang perkenalan/persahabatan bersama.0-0 yek. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..🙂

New Life Mode

Masa mula-mula tu kinda hard jugak la sebab dulu ikut cara kita sendiri. Nak pergi mana, nak makan apa, nak keluar ngan sapa tak perlu kisah sangat. Dulu balik kerja boleh lepak-lepak, makan pun beli ajer, kalau tak nak makan pun tak kisah. Bila dah berfamily semua kena pikir. Nak makan apa, nak masak apa, nak beli apa, nak bayar apa..haha tapi biasalah Alah bisa tegal biasa. Dah masuk 3 bulan ni dah boleh adapt pun.

Balik kerja terus pecut sampai rumah berperang di dapur pastu kelam kabut nak solat la, buat tu buat ni. Kadang-kadang terfikir hebatnya mak-mak kita kan. Boleh uruskan family dan anak-anak dengan mudah. Ni tengah takde anak, nanti dah ada lagi kelam kabut dibuatnya..

Ramadhan lepas was our first Ramadhan together. MasyaAllah tak larat nak layan traffic jam. Berbuka pun tak pernah masak unless weekend. Beli kat bazar aje. Tapi makanan kat bazar pun bukan best sangat. So we both end up makan ajelah. Sahur plak The Other Half bukan makan sangat pun. Tidur kat meja adalah. Kelakar je tengok sudu garpu jatuh atas lantai, The Other Half dah lentok kat meja time sahur. Last year Ramadhan sahur kat umah mak sebab kerja kat Kelantan. Rasanya berbanding kat sini Ramadhan kat hometown lagi best sebab banyak makanan yang sedap dan menarik yang susah nak dapat kat sini.

Papepun Ramadhan kali ini bermakna bagi kami berdua sebab tarikh 5 Ramadhan tu membawa perubahan besar bagi kami berdua. Kisahnya bermula apabila seorang ofismate masuk dalam bilik saya dan cakap dia tak puasa hari tu. Terus terpikir, dah dua kali dia period tapi I belum lagi. Tak bother sangat pun at that time, tapi bila balik tetiba datang idea nak buat UPT. Siap yakin negatif dan plan nak beli apa nak buat stok dalam pantri ofis untuk makan time Ramadhan. Almaklumlah kedai makan kan tutup.

Bangun pagi tu after sahur terus buat UPT. They said that the best is the first urine in the morning. Then buatlah, tup tup double line. Tapi satu line tu faint je la. Tunjuk kat The Other Half dia buat muka blur dan cakap tak tahu. Biarlah dia. The whole day lepas tahu tu rasa nervous, betulkah, bersediakah, financially stable kah. Banyak soalan berpusing-pusing dalam minda.

Balik kerja beli another UPT  dan test sekali lagi. Sama je result. Double line. The Other Half was very happy. Sape tak kan? Then we decided to go to the clinic, for confirmation and consultation. I am also happy tapi cam takut-takut jugak. Alah bila fikir balik, tak perlu takut kot..just enjoy the moment..kan?

Sekarang dah 10 minggu, nak upload pic pun takut terlalu awal. Nanti-nantilah. Papepun harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua especially untuk The Little One.

Till next time.. daa~~

This entry was published on September 8, 2011 at 10:01 am and is filed under family, friends, life, love. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: