Ujian itu untuk menguji keimanan hambaNya

Alhamdulillah..ayahanda telah selamat menjani pembedahan kali kedua membuang sel kanser. Sebelum ini Right Radical Nephrectomy. Kali ini adrenelectomy dan thrombolectomy. Maha suci Allah diturunkan sesuatu penyakit itu bersama hikmahNya menguji kekuatan, ketaatan, keimanan dan kasih sayang hambaNya.

 

Aku bersyukur setelah pembedahan kali kedua ini, keadaan ayah stabil. Semoga ayah kuat mengharungi dugaan ini. Aku dapat lihat kerisauan, keraguan dan kesedihan ayah. Aku cuba kuat.

 

Aku terasa diuji. Namun di sebaliknya ada hikmah. Dia takkan memberi ujian andai kita tidak mampu menanggungnya. Lalu aku yakin. Dengan Dia. Kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui.

 

Aku jadi sedar, bila kita ditimpa musibah barulah kita tahu siapa sahabat kita yang sebenar. Aku berterima kasih tak terhingga kepada Dr Nur merangkap bos, teman sekerja, sahabat baik, kakak dan kaunselor aku kerana sentiasa berada di sisi memberikan sokongan moral untukku. Tidak lupa untuk sahabat yang aku kenali sejak 10 tahun lalu. Aku kira kau tahu kau lah orang yang aku maksudkan. Terima kasih kerana sentiasa tak jemu-jemu mendengar keluh kesah cerita-cerita aku. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

 

Semoga kalian dilimpahi rahmatNya. Amin

 

penantian itu satu penyeksaan

 

Untuk ayahanda tersayang tabahlah menghadapi dugaan ini..anakmu menyayangi dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraanmu. Amin..

This entry was published on April 8, 2011 at 10:52 pm and is filed under family, friends. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: