Cinta dan Kasih

17 & 18 haribulan lalu aku pulang ke rumah. Memberi sokongan buat ayahanda tercinta yang menjalani pembedahan ‘Right Radical Nephrectomy’ iaitu membuang seluruh buah pinggang kanan ayah. Kesian aku tengok ayah. Ayah nampak depressed sangat. Manakan tak surgery tu dikira major surgery sebab guna general anaesthetic dan mengambil masa 5 jam.

 

Sesampai di sana, ayah sambut kepulangan aku dengan gembira. Aku tahu itu luarannya sahaja. Sebelum ni ayah ada beritahu aku betapa takutnya dia dan meminta aku mendoakan dia panjang umur. Ayah ditempatkan di wad staf dan sepanjang aku di situ, ramai teman-teman ayah datang memberikan sokongan. Alhamdulillah.

 

Malam tu aku ingin menemani ayah tapi ayah mahukan mak menemaninya. Jadi aku pulang ke rumah dan berehat. Esok pagi-pagi lagi aku ke HUSM untuk melawat ayah sementara menanti pembedahan yang dijadualkan pada pukul 11 pagi.

 

Pembedahan terpaksa ditangguh hingga jam 12 kerana tekanan darah ayah tinggi. Ayah diberi Midazolam pada pukul 12 tengahari dan ditolak ke OT. Hati aku sebak melihat ayah mengalirkan air mata tapi aku tabahkan jua hati.

 

Lama juga menunggu manakan tak  5 jam lamanya. Berdebar-debar rasa hati.

 

Penantian penuh penyeksaan..

Ruang menunggu

Jam sudah pukul  4 petang. Sudah 4 jam ayah di dalam. Aku terpaksa balik ke KL sebab esoknya aku bekerja. Rasa bersalah sangat kerana tak sempat berada di sisi ayah sewaktu ayah selesai pembedahan. Tapi Alhamdulillah ayah selamat dan diberi cuti selama 3 bulan.

 

Aku bersyukur sangat ayah selamat dan paling penting aku tahu siapalah aku tanpa ayah…

 

This entry was published on January 22, 2011 at 7:57 pm and is filed under life, love. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: