Hello 2011

Minggu lepas tersangatlah takde mood nak pergi kerja since ramai staf BPTK yang bercuti. Tapi nasib baiklah last minute tu Najib umum cuti umum sebab Malaysia menang AFF Suzuki Cup. Good Job Malaysia. Tetiba dapat extra cuti sehari berbaloi lah tu kiranya teman Mr Fiancé pergi tengok bola jauh sampai ke Shah Alam plak tu..

 

Jumaat cuti tu kami berdua bersemangat ke Akuarium Shah Alam since Mr Fiancé nak beli ikan laga. Sampai aku pn terikut sama bela ikan laga yang cumil. Si Ripin dan Sudin. Bersemangat pergi Jumaat tu last-last kedai tutup. Kesian Mr Fiancé kecewa sangat. Next day nye kitorang pergi sekali lagi. Time tu la aku dapat Si Sudin. *happy*

 

Malam New Year tu aku keluar ngan Mr Fiancé. Pergi Dataran Merdeka celebrate New Year. Park kereta kat KKR then jalan sampai Dataran Merdeka. Itulah virgin visit aku celebrate New Year kat Dataran Merdeka. Best sangat. Banyak ragam orang. Luckily, kitorang duduk dekat ngan kren yang launch bunga api tu so dapat nampak clear. Tak bestnye siap habuk-habuk bunga api tu masuk dalam mata lagi. Haha.

 

Macam-macam ragam manusia kat Dataran Merdeka tu. Aku dan Mr Fiancé jadi pemerhati je. Tapi satu terkesan di hati aku, aku perhati ramai makcik dan pakcik tua kutip tin minuman yang orang buang time tu. Bagi aku untuk orang tua sebaya parents aku sepatutnya berada di rumah berehat tapi mungkin kesempitan hidup memaksa diorang buat gitu…

 

2011 kini muncul dan resolusi tahun ni belum pun aku fikirkan lagi. Tapi harapnya tahun ni membawa lebih  kemajuan bagi diri aku dari segi keluarga, cinta dan kerjaya. Amin.

 

Dan oh gambar Ripin dan Sudin akan aku uploadkan kemudian. Juga mungkin gambar di Dataran Merdeka.

This entry was published on January 5, 2011 at 12:20 am and is filed under life. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: