Kisah duka

Aku mengenali seorang teman sekerja bernama Nadia (bukan nama sebenar). Seorang yang periang dan sentiasa ceria. Seorang yang aku hormati seperti kakakku sendiri. Di sebalik wajah cerianya, baru hari ini aku tahu ada kisah duka.

Bapanya meninggalkan ibunya untuk berkahwin dengan perempuan lain (ibu tirinya kini) pada masa dia berusia 6 tahun. Boleh aku bayangkan betapa sukar seorang ibu membesarkan anak-anak tanpa sokongan suami di sisi. Dan juga sukarnya membesar tanpa bimbingan seorang ayah. Paling mengusik hati, ibunya yang tercinta pulang ke Rahmatullah pada 3 bulan lepas akibat kanser.

Nadia harus kuat. Membesarkan adik-adik walaupun tiada ibu dan ayah di sisi. Terkilan bila ayah masih hidup tetapi tidak pernah ambil peduli. Nadia jadi marah. Pada bapanya. Mungkin. Itu yang aku lihat dari reaksinya. Aku memahami, apa yang dilaluinya pasti perit.

Pulang ke rumah, aku bercerita kepada ibuku. Ironinya ibuku mengenali ibu Nadia serta ibu tirinya. Ibu tiri Nadia merupakan teman sekerja ibuku dan aku pastilah terkejut. Ibu juga mengenali ibu Nadia yang merupakan seorang guru di kawasan Kota Bharu ini.

Ibu Nadia pernah datang merayu kepada ibu untuk membeli barang kemas miliknya semata-mata kerana tidak cukup wang untuk menghantar Nadia ke universiti. Betapa besar dan mulianya pengorbanan seorang ibu..Pada mulanya ibuku menolak kerana ibu juga tidak punya wang sebanyak mana untuk membeli perhiasan. Tetapi setelah berfikir panjang ibu beli juga kerana berniat ingin menolong. Dan hingga harini barang kemas milik ibu Nadia masih kemas dalam simpanan ibuku.

Berbalik kepada Nadia, aku kagum dengannya. Kerana ketabahannya. Aku tahu jikalau aku ditempat itu aku pasti tidak sekuat itu. Harini aku sedar, aku menginsafi diri. Aku panjatkan kesyukuran kerana aku masih mempunyai kedua ibu bapa. Aku masih beruntung, dikasihi dan disayangi.

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas arwah. Al- Fatihah..

This entry was published on February 22, 2010 at 11:29 pm and is filed under friends. Bookmark the permalink. Follow any comments here with the RSS feed for this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: