Promoting the e-Pengamal…..
Hope this year, 2012 I can achieve the 9000 target. Chaiyok!!
Let’s see what year 2011 have been for me, with the ups and downs, with unforgettable events and memories..
Hope there is a lot to come in 2012.InsyaAllah.
Alhamdulillah genap harini saya berusia 25 tahun. Tiada apa untuk dibanggakan pada umur tapi setakat ni apakah pencapaian saya?
Itu sahaja setakat ini. Biasa-biasa sahaja tapi Alhamdulillah sudah cukup baik untuk saya SENDIRI.
Perancangan masa depan? Hmm mungkin menukar kerjaya (bukan dari farmasis ke artis OK, just dari buat admin masuk hospital balik je), memiliki sebuah rumah idaman, menambah ahli keluarga (on the way) dan menyambung pelajaran (kalau ada peluang, bila nak dapat confirmation ni??).
Speaking of confirmation dalam perkhidmatan, semalam The Other Half sangat gembira dengan penerimaan surat azimat bahawa beliau telah disahkan jawatan dalam company beliau. Tahniah dan Im so proud of you sayang!
Beralih ke topik lain, since now dah nak masuk 7 bulan, so The Other Half and I dah start buat preparation untuk menyambut our new member of the family. So we decided to go slowly shop some of the baby necessities. Takkan nak beli sekaligus, nanti terus terkoyak poket. Huhu. I was really excited but quite unsure of what to to buy. Bila pergi baby shop je terus cam blur2 tapi at least kitorang dah beli a few things such as:
Rasanya macam banyak lagi nak kena beli tapi setakat ni cukuplah tu dulu. Takut-takut beli dan tak guna sangat nanti membazir lah pulak. Sekarang ni tengah survey-survey breastpump. Pening jugak. Ramai kata Medela FS bagus tapi kalau boleh nak cari harga yang lebih affordable so tengah consider either:
vs
For any experienced moms out there yang ade komen atau review sangatlah dialu-alukan. Modu breastpump tu di recommend oleh someone yang cakap modu breastpump tu dual phase and double pumping. Dual phase tu maksudnye ade stimulation phase yang mimics baby sucking, second phase is expression phase iaitu milk production. Lebih kurang Medela FS tapi harga je la beza. Mungkin ade pro dan cons tapi sebab sendiri pun tak pernah guna.
Yang spectra 3 tu bace review dekat blog. So far ramai comment Ok kecuali it’s quite heavy to carry around tu je lah. Harga pun agak murah tapi tu lah still tak tahu nak pilih mana satu.
Ada cadangan?
Since the last post,a lot of things happened.
Ececeh..cakap omputih la plak. Jom start dengan office. Office makin tak best lately. Ramai dah berpindah atau berniat nak pindah. Khabar angin bertiup mengatakan mungkin ade reshuffle. Harap aku dapat department yang best, yang penting sekali bos yang baik.
Minggu lepas aku berhempas pulas uruskan confirmation aku sendiri, pengesahan perkhidmatan dalam gomen. Lepas tu di satu meeting dengan DG, Dato Hassan, beliau bertanyakan tentang kitorang semua punya status servis di gomen. Dah confirm atau belum. Bila beliau tanya admin, orang tu mengaku dia dah “follow up” tanda dia buat keje. Mahu je aku bagitau DG kalau admin dah buat, tak de la almost 10 orang tak confirm kat Division aku tu. Irritated betul aku. Padahal aku tahu dia tak buat pun. Tapi takkan nak malukan dia kat depan tertinggi KKM, nanti macam tak profesionallah plak. Geram!
Disebabkan dia tak buat keje tu dia tak sedar, orang nak buat loan rumah susah, pastu banyak peluang belajar di luar negara terlepas. Bagi dia asal dia punya dah buat takpelah. Kalau gitu takyah keje admin.Huhu. Moody betul mommy-to-be ni. Sabar mek sabar..
Walaupun banyak drama kat office, otherwise semua OK. Alhamdulillah pemburuan sudah berakhir. Lega satu bab. Hendaklah bersedia untuk bab-bab seterusnya. Oh lupa! Semalam pergi ke KPJ untuk check-up and guess what?
InsyaAllah. Tapi my gynae cakap kalau perempuan betul-betul nak confirm perempuan kena tunggu 24 minggu. Sebab kalau baby boy memang nampak dia punye bird kat ultrasound tu jelas. Kalau girl tu macam sure tak sure je. Apepun Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, asalkan baby sihat walafiat. Happy melompat teruja nak gi shopping tapi bila fikir-fikir tunggu 24 minggu dulu lah.
Yang lagi best ialah The Other Half dengan baik hatinya ikut permintaan bininya yang ngade-ngade nak makan itu ini. Sebut aje steamboat, Subway, Starbucks, roasted chicken ape je keluar kat mulut semua diturutkan. Thank you sayang. You’re the best
And oh sebelum terlupa, Tahniah kepada semua sahabat-sahabat yang baru melangsungkan perkahwinan dan sepuluh jari disusun memohon ampun kerana tidak sempat memenuhi undangan especially selepas baru recover dari operation haritu. Moga bahagia di samping keluarga tercinta hendaknya. XOXO
It has been a week since aku start kerja balik. First day kat office agak busy, banyak kerja tertangguh. Reply email tu email ni, call sana sini, check itu ini. Alhamdulillah mostly kerja tak urgent pun sebab banyak dah di settlekan sejak dari awal tahun. Hari mula-mula start kerja lepas sebulan MC tu, punyalah letih, sebab sebelum ni asyik rehat kat rumah je. Lagipun dah hampir sebulan aku tak drive. Balik-balik kerja je pengsan. Alhamdulillah The Other Half memahami. The Other Half boleh faham kalau aku tak larat nak masak. .
Tapi dah seminggu ni, aku dah makin adapt and rutin harian pun dah seperti biasa. Pergi kerja-balik berperang-pengsan. Hihihi. Bila dah kerja rasa nak jadi housewife, haritu masa MC sebulan asyik rasa nak pergi kerja je bosan duk rumah. Manusia memang tak bersyukur.
BTW last week kitorang pergi house hunting kat Bangi. Ramai yang tanya “Kenapa Bangi?”. Dulu aku plan nak beli rumah yang dekat dengan tempat kerja. Tapi bila dah kejadian yang time aku sakit haritu, it made realize that bila kita susah takkan ada orang lain yang akan tolong kita kecuali family sendiri. Aku bersyukur time aku sakit, abang ipar aku dan biras aku banyak tolong aku. Sebab tu aku rasa ada baiknya duduk dekat dengan keluarga. Boleh tolong-menolong. Ada orang kata duduk dekat dengan kelurga ni banyak negatif dari positif. Banyak masalah. Tapi bagi aku, bergantung lah pada individu.
Banyak arrangements untuk pergi house hunting ni pun abang ipar dan biras aku yang uruskan. Alhamdulillah. Lagipun diorang memang duduk kat Bangi, dah tau selok belok tempat dan area tu. Dah dekat sebulan kitorang survey-survey. Banyak jugak lah yang kitorang pergi. Kalau ikut hati nak beli rumah yang baru yang developer tengah buat. Tapi kalau rumah kat area KL ni memang lah pricy okeh. Kalau takde 500K and above takyah lah berangan nak dapat rumah yang superb. So, untuk newlyweds macam aku and The Other Half patut bersyukur kalau dapat rumah yang selesa dan sederhana. Mungkin bila ade rezeki lebih lagi boleh beli yang lebih baik.
So, this weekend kena sambung house hunting lagi sampai dapat. InsyaAllah. Doakan Allah permudahkan serta murahkan rezeki kami dan juga our coming new family member. Amin.
Ciao!
Kini aku berada di kampung halaman, Kelantan. Menghabiskan sisa-sisa MC aku di sini bersama keluarga. 3 hari lepas bersama ibu mentua, kemudian aku pulang ke rumah ibu bapaku sendiri. Memberi ruang kepada ibu mentuaku berehat. Terima kasih tak terhingga kerana ibu mentuaku sudi menjaga aku hingga hampir 3 minggu lamanya. Aku bertuah mempunyai ibu mentua yang menjaga aku seperti anaknya sendiri.
Hujan turun tak berhenti-henti sejak aku balik ni. Almaklumlah angin Monsun Timur Laut selalu bertiup di PantaI Timur di waktu hujung tahun seperti ni. Hujan yang turun sekarang ni sama la dengan perasaan aku ketika ni.
Semalam aku dapat berita tak best dari ofismate aku. Terasa kecik sangat hati aku. Aku terpikir jugak, cuba untuk positif terima berita tu. Tapi kalau orang di tempat aku,mesti terasa benda yang sama. Terasa selama ni kat tempat tu aku tak dihargai. Even bos sendiri pun tak defend aku. Kalau semua orang yang sama gred ngan aku dilayan sama macam aku, aku paham. Ni aku seorang je yang kena. Lepas tu, dah lah orang yang baru masuk department tu boleh duduk sedap-sedap je, aku yang dah agak lama kat situ kena nasib gitu aje. Lepas ni mesti orang bawahan pikir apa tentang aku, mesti diorang speculate, dan lama-lama diorang pun dah tak respect kita. Padahal aku pun tak tahu kenapa aku yang kena layanan macam tu??
Nak kata aku tak perform, aku dah buat yang terbaik dah. Mungkin kebelakangan ni aje la yang aku tak perform. Tapi bukan kehendak aku. Aku cuti sakit. Pikir-pikir balik, baik aku transfer je. Aku pun dah rase down, malas nak naik keje kat situ 9 haribulan ni.
Office politics!!! *Sigh* Moral down
Dah 2 minggu masa berlalu sejak pembedahan haritu. Luka operate pun dah semakin baik. Alhamdulillah. Minggu lepas ada follow-up dengan Dr Susanna. Dia ada bagi HPE (Histopathology Examination) results of the cyst tu. Aku bersyukur kerana cyst tu bukanlah malignant dan merupakan sel-sel rambut dan sebum. Lega rasa hati. Mana taknya malam sebelum follow-up dengan Dr Susanna tu aku langsung tak boleh tidur.
Dr Susanna ada bertanyakan padaku sama ada aku dah buat keputusan untuk bersalin kat mana. Hometown atau dengannya? Ntahlah tak decide lagi. Tapi yang pasti selepas ni mungkin aku dah tak ke KK Tanglin untuk check-up. The thing with KK ni selalunya jururawat masyarakat yang check, Dr ada check tapi each visit mungkin different Dr bergantung pada schedule la. Aku dan The Other Half dah decide untuk follow up dengan Dr Susanna kat KPJ Damansara since Dr Susanna dah tahu O&G history aku. Lagipun Dr Susanna is a consultant dan aku sangat confident dengan sikap profesionalismenya. Did I mention Dr Susanna ni sangat cekap dan even jahitan operate yang dia buat sangatlah kemas tak macam jahitan operation lain yang aku pernah jumpa.
Oh by the way, sepanjang 2 minggu ni makanan rutinku hanyalah nasi dan ikan bakar. Haish nak buat macam mana. Haruslah redha kan? Nampak simple tapi berpantang ni memanglah mencabar. Cuba bayangkan dalam diet seharian takde sayur atau buah-buahan. Lama-lama nanti tak pasal-pasal constipate. Dah lah tu The Other Half asyik tayang makanan best-best depanku. Rasa macam nak mengamuk pun ade. Bila nak rasa sikit, kena marah. Alah, nak sikit aje pun.
Still ingat lagi teringin sangat nak makan Nan Cheese dan Tandoori. Dulu sebut aje terus The Other Half belikan. Sekarang ni mimpilah kalau nak dapat. Takpe-takpe. NANTI DAH SIHAT MAMA NAK BALAS DENDAM!
Here’s a list of what to eat bila aku dah sihat nanti (Haha siap dah fikir dan listkan):
And the list goes on..tapi list kat atas ni adalah yang tersangatlah mengidam untuk setakat ni. Doakan aku cepat-cepat sembuh supaya dapat membalas dendam. ;D
Till next entri. Daa~~
Tak tau kat mana nak mula. Setelah hampir 4 bulan hidup bersama kami menempuhi ujian terbesar kami yang pertama. Kesian The Other Half. Aku mula mengerti besarnya pengorbanan dan kasih sayang seorang suami.
Bila The Little One dah masuk 12 minggu, aku ke KK Tanglin untuk bukak Buku Merah. Masa tu Nurse tu dah macam nak marah sebab aku dah dikira lewat. Pergi check-up dah perasan macam ade yang tak kena dengan saiz baby. Macam besar. Tu Nurse je yang check. Aku dapat appointment untuk jumpe Dr dalam 2 minggu lagi. So, aku ingatkan biase je la kalau besar sikit. Then pikir, tunggu je lah appointment dengan Dr.
Tapi aku sering sakit perut, bukan nak pergi toilet or sembelit ke ape..mencucuk dan berdenyut. Biasanya on and off tapi di satu hari Jumaat tu aku dah tak tahan. Dr Nur bawak aku ke KK Tanglin. Dr kat sane refer aku ke HKL. Kat HKL macam-macam test diorang wat kat aku. PV examination lah. Euww dah tak nak melaluinya OK. Last-last Dr tu boleh cakap aku sembelit ade impacted stool, bagi aku Buscopan tab dan suruh aku balik.
Kitorang balik then sakit tu datang lagi. Sekali lagi kitorang ke HKL pada hari yang sama. Aku dihantar ke Emergency Dept. Yellow Zone. Lepas dapat pain killer tu barulah lega sikit sebab sebelum tu restless sakit sangat kat Left Lower Abdomen. Dari Asar ke malamnya aku kat ED, pukul 12.30 tengah malam tu aku admitted kat wad 15 gynae, 3rd class sebab takde bed kosong kat 1st class. Takpelah aku tak kisah pun. Tapi The Other Half ngan abang ipar aku nampak risau kalau-kalau aku tak selesa kat situ.
Aku duduk kat wad tu dalam 2 hari then pindah ke wad 21, 1st class. OK lah sikit dari sebelumnya. Sebilik 4 orang. Kat situ aku kenal tiga orang auntie yang selalu bagi aku kata-kata semangat. Siap belikan aku buku-buku untuk aku baca. Seminggu aku kat situ, Gynae and Radiologist kata impacted stool. Surgical kata macam renal mass. Ya Allah takutnya aku masa tu Tuhan je tahu. Nak makan tak boleh, sebab bila bergerak aje aku rasa sakit. Aku gagahkan jugak sebab kesiankan The Little One. Kadang-kadang aku menangis sebab aku rasa bersalah pada The Little One tak dapat nak makan makanan berkhasiat untuk dia.
The Other Half selalu beri aku kekuatan, kata-kata semangat. Aku mengharungi waktu di HKL dengan seribu kerisauan. Nasib baik husband Dr Nur tengok kes aku. At least ade orang yang aku kenal la. Then, Dr decide untuk aku buat scope macam colonoscopy tu tapi not entire bowel la. Nak tengok ade impacted stool ke tak. Tapi procedure tu takkan guna bius since aku mengandung. Masa masukkan scope kat anus tu rasa malu kot..bila dah scope, tengok-tengok takde impacted stool pun. Last-last decide buat MRI.
The Other Half dah tak sabar sebab takde decision dr Dr kat HKL walaupun dah seminggu dah aku kat situ. MRI pun lambat kene tunggu giliran. Biasalah hospital gomen. Last-last aku terbuka hati nak ke KPJ Damansara Specialist untuk buat MRI. Tu pun sebab Dr Raja Badrul Hisham insist aku ke sana dan jumpe dia. Mak Dr Raja Badrul Hisham ni duk depan katil aku time kat HKL. Mungkin dia kesiankan kami tu yang dia nak tolong tu.
Aku di-dischargedkan dari HKL untuk MRI di KPJ Damansara. Aku jumpe Dr Raja Badrul Hisham yang then orderkan MRI untuk aku. Tapi radiologist kat KPJ tu kate sebab aku mengandung dia nak aku buat Ultrasound dulu. Sekali tengok je, dengan confidentnya Dr tu diagnosed aku dengan Dermoid Ovarian Cyst. Wah, tak berbaloi duk hospital seminggu tak dapat diagnosis. Kalaulah datang KPJ terus.. Tapi mungkin sudah ketentuan Allah, ini ujiannya untukku.
Dr R.B.H referkan aku ke Consultant Gynaecologist, Dr Susanna Huam. Dr Susanna ni adalah Dr paling cekap aku pernah jumpe. Imagine pukul 12 aku jumpe die untuk tahu diagnosis, pukul 2.30 petang tu jugak aku dijadualkan untuk operate buang cysts tu. CystS OK. Bukan satu tapi dua. Pengalaman masuk OT sangat menakutkan. Dahlah sejukkkkkkk, pakai baju nipis hospital plak tu. Masa operate tu, anaes bagi aku epidural sebab nak minimumkan risiko keguguran. Aku tak putus-putus berdoa sebab takut. Tengok-tengok aku dah tertidur.
Bila aku tersedar perut aku rasa sakit sangat. Dr Susanna pun tunjukkan aku cysts tu. Besarnya agak-agak sebesar jantung lembu. Itu kata ibu mentuaku la. Warnanya pun dah biru sebab cyst tu dah twisted dan mula necrose. Dr pun terpaksa buang tiub Fallopio aku sebelah kiri kerana dah rosak dek cyst tu. Apepun aku bersyukur masih dipanjangkan umur dan The Little One selamat.
Ujian yang aku lalui ini membuatkan aku sedar dan bersyukur betapa bertuahnya aku mempunyai suami yang menyayangi aku, serta keluarga mentua yang tak jemu-jemu menjaga aku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian. Tidak lupa kepada sahabat dan teman sepejabat yang sudi menziarahi aku.
Kini aku cuti sebulan, berpantang ala-ala orang bersalin. Doakan aku dan The Little One selamat yer…untuk menempuhi 5 bulan yang akan datang. Tak lupa terima kasih yang tak terhingga untuk The Other Half, abang iparku dan keluarganya kerana menjaga aku.
Episod kali ini ialah untuk melepaskan apa yang telah lama disimpan..tetapi tak terluahkan. Last time blogging was after the Big Day. Lepas tu terus senyap sebab tengah belajar adapting to the new life mode.
Sebelum itu.. sempena hari yang baik dan bulan yang baik ini, 10 jari disusun memohon ampun dan maaf kepada semua andai kata ada salah dan silap sepanjang perkenalan/persahabatan bersama.0-0 yek. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..
New Life Mode
Masa mula-mula tu kinda hard jugak la sebab dulu ikut cara kita sendiri. Nak pergi mana, nak makan apa, nak keluar ngan sapa tak perlu kisah sangat. Dulu balik kerja boleh lepak-lepak, makan pun beli ajer, kalau tak nak makan pun tak kisah. Bila dah berfamily semua kena pikir. Nak makan apa, nak masak apa, nak beli apa, nak bayar apa..haha tapi biasalah Alah bisa tegal biasa. Dah masuk 3 bulan ni dah boleh adapt pun.
Balik kerja terus pecut sampai rumah berperang di dapur pastu kelam kabut nak solat la, buat tu buat ni. Kadang-kadang terfikir hebatnya mak-mak kita kan. Boleh uruskan family dan anak-anak dengan mudah. Ni tengah takde anak, nanti dah ada lagi kelam kabut dibuatnya..
Ramadhan lepas was our first Ramadhan together. MasyaAllah tak larat nak layan traffic jam. Berbuka pun tak pernah masak unless weekend. Beli kat bazar aje. Tapi makanan kat bazar pun bukan best sangat. So we both end up makan ajelah. Sahur plak The Other Half bukan makan sangat pun. Tidur kat meja adalah. Kelakar je tengok sudu garpu jatuh atas lantai, The Other Half dah lentok kat meja time sahur. Last year Ramadhan sahur kat umah mak sebab kerja kat Kelantan. Rasanya berbanding kat sini Ramadhan kat hometown lagi best sebab banyak makanan yang sedap dan menarik yang susah nak dapat kat sini.
Papepun Ramadhan kali ini bermakna bagi kami berdua sebab tarikh 5 Ramadhan tu membawa perubahan besar bagi kami berdua. Kisahnya bermula apabila seorang ofismate masuk dalam bilik saya dan cakap dia tak puasa hari tu. Terus terpikir, dah dua kali dia period tapi I belum lagi. Tak bother sangat pun at that time, tapi bila balik tetiba datang idea nak buat UPT. Siap yakin negatif dan plan nak beli apa nak buat stok dalam pantri ofis untuk makan time Ramadhan. Almaklumlah kedai makan kan tutup.
Bangun pagi tu after sahur terus buat UPT. They said that the best is the first urine in the morning. Then buatlah, tup tup double line. Tapi satu line tu faint je la. Tunjuk kat The Other Half dia buat muka blur dan cakap tak tahu. Biarlah dia. The whole day lepas tahu tu rasa nervous, betulkah, bersediakah, financially stable kah. Banyak soalan berpusing-pusing dalam minda.
Balik kerja beli another UPT dan test sekali lagi. Sama je result. Double line. The Other Half was very happy. Sape tak kan? Then we decided to go to the clinic, for confirmation and consultation. I am also happy tapi cam takut-takut jugak. Alah bila fikir balik, tak perlu takut kot..just enjoy the moment..kan?
Sekarang dah 10 minggu, nak upload pic pun takut terlalu awal. Nanti-nantilah. Papepun harap semua doakan yang terbaik untuk kami berdua especially untuk The Little One.
Till next time.. daa~~